Thursday, 9 June 2011


Korang tau tk apa maksudnye tu?no no no nooo....not that one....hehehe.....bukan yg tu....kita bkn mat salleh hokeyy....sebenarnya aku nk cerita ttg perangai and sikap sesetengah org yg berkawan utk kepentingan tertentu...senang citer, baik ada makna...

Ada org yang rapat dgn kita tapi dlm diam sebenarnya dia tidak suka dengan kita..talam dua muka...kt dpn kita,kemain lagi memuji dan bermanis muka tapi blkg kita..masya Allah...

Ada juga kawan2 yang kita tidak brp suka tapi dialah yg akan membantu kita bila kita kesusahan kelak..kwn mcm ni...SATU DLM SERIBU.....susah nk cari...

Aku bukan jenis suka memilih kawan..aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku menilai...yang mana benar2 ikhlas dan faham erti persahabatan.lgpun, bkn semua org leh masuk ngn cara dan kepala kita kan?.bagi aku...kawan yg baik adalah kwn yang sedia membantu kita dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan,berkongsi kesenangan dan kejayaan dan pada masa yang sama saling mengingati dan menasihati antara satu sama lain. tak kira lah lelaki atau perempuan...kita berkawan dgn ikhlas..saling bantu membantu...memberi dorongan dan galakkan, berkongsi masalah dan sedia mendengar luahan hati...

Tapi hakikatnya..susah nk temui teman yg benar2 ikhlas...kan??? tapi aku beruntung...kerana aku tahu...aku ADA kwn2 yg ikhlas dan baik hati......aku berdoa agar kwn2 aku ni akan sentiasa dirahmati....saaayangggggg bangattttt sama kamuuuu...

Buat kwn yg tk brp suka aku...atau berpura2 suka...mmmmmm ADA AKU KISAH???....heheheh.....

Wednesday, 1 June 2011

Tuesday, 31 May 2011

~STudY WeEk~

Arghhhhh...this weekend we all gonna sit for our final exam..subject DA...next weeknd lak exam MIS ....but before that we all have to finished all our assgmnts and project paper...what a bz(zzzzz) week for us..but what to do...suka sgt simpan last minute baru nk buat..haaa hambek kauuu..padan muka..mana nk study lg..nk pulun siapkan 3 assigmnt skaligus....mamfossss....

Tapi apa apa pon....YAKIN BOLEH beb....kena rempuh jugak....nasib baik ada geng...leh gak pulun sesama..kalo tak...terkial2 gak nk buat sensorang..

okler...doakan aku n kwn2 semua agar success dlm exam n dapt A+ for both subject for this sem k....insya Allah....


arghhhhhhhhhh.....gua stressssss!!!!

Friday, 20 May 2011

Tuesday, 3 May 2011

SIHIR & ILMU HITAM

Antara sihir yang biasa kita lihat dan berlaku dalam masyarakat dan kesannya adalah:

Sihir Pemisah

Merupakan satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih  sama ada  antara suarni isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..

Kesan sihir:
1.      Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan 
         dan kebencian.
2.      Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
3.      Tiada perasaan timbang rasa.
4.      Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil
         sahaja.
5.      Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri.
         Contoh :  suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik 
         jelita.  Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula
         pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.Begitu  juga
         sebaliknya.yg buruk jadi cantik akibat sihir.
6.      Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri.
         Mangsa akan berasa senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:

“Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh  atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”



Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan diri mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1.      Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk
         berjalan ke dalam tandas.
2.      Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3.      Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4.      Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
5.      Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika
         meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan 
         khusus bagi syaitan
6.      Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek
         tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
7.      Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8.      Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh
         tertentu.
9.      Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10.    Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak


Sihir Pengasih

Sabda Rasulullah s.a.w :

Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”. Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:

“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara­ perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas terhadap sesuatu yang dihajatkan. Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak. Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

Kesan sihir:

1.      Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.
2.      Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3.      Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4.      Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan permintaan pasangannya.
5.      Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.

Sihir Pukauan
Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.

Contoh :

1.      Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
2.      Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
3.      Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar, contohnya orang ramai di zaman Nabi
         Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan­

Sihir  Gila
 Kesan sihir:
1.      Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
2.      Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
3.      Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
4.      Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
5.      Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
6.      Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.
7.      Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju

         dan kadang-kadang tidur ditempat yang terasing.

Sihir Penderitaan Sakit

Kesan sihir:
1.      Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
2.      Kerapkali diserang penyakit sawan.
3.      Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
4.      Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
5.      Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.


Sihir Mati PucukKesan sihir:
Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks. Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.

Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing. Akhirnya, batang zakar yang pada. asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.


Sihir MandulKesan sihir:

Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :

1.      Mandul Anggota Kelamin
         Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.

2.      Mandul Kerana Sihir
         Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. 

         Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari
         Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada kaum wanita. Ia akan
         mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian rahim seseorang wanita.

Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita. Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah.


Doa Menghindari Sihir Dan Ilmu Hitam



Maksudnya: "Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, adalah sihir. Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakan-Nya kepadaku). Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa."
(Surah Yunus: 81-82)

Monday, 2 May 2011

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)



UNTUK FAMILY PLANNING / KESIHATAN / KECANTIKAN DAN AWET MUDA 
Kali ni aku nak kongsi cerita ttg produk yg telah aku gunakan sejak hampir 4 thn yg lalu. Jika korang (kaum ibuk aje ye..) berhajat utk merancang keluarga dgn cara tradisional , bolehlah mencuba dgn MAB ni. Kejayaannya adalah 100% dgn syarat mengikut disiplin makan yg betul.

MAB telah diamalkan secara tradisi keluarga sejak 20 dulu dan tidak dijual dimana2 kedai ubat atau farmasi. Korang mmg tkan jumpa kt kedai or farmasi or toko2 jamu..tk caya,g lah try carik..Bagi yang kurang selesa family planning dgn kaedah moden(pil perancang/suntikan and bla bla bla) boleh la mencuba kaedah tradisi ini dan lepas tu boleh membuat perbandingan dgn kaedah moden...

Satu lagi, dengan MAB anda jadi lebih cantik dan sihat hingga ke hari tua. Sebagai wanita, lebih2 lagi setelah berumahtangga dan beranak-pinak, byk yg perlu kita jaga...Maklumlah, badan dah tk mcm zmn anak2 dara dlu...Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan dan kecantikan diri dari di awal usia masih muda. Jangan tunggu usia lewat baru kita sibuk untuk menjaga diri. Masa tu memang dah tak boleh nak awet muda lagi tetapi sakit yang mengundang kita. Mari kita kongsi petua sihat, anggun dan cantik bersama MAB. Insyaallah.......

Khasiat MAB ini adalah spt di bawah mengikut keutamaan:

1. Menjarak kehamilan/merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yg teruk.
3. Menjaga peranakan - merapatkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor/toksin melalui period.
5. Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
6. Mengaturkan period setiap bulan.
7. Mencantik & menegangkan payu dara.
8. Melancarkan perjalanan darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10. Menambah tenaga sepanjang hari.
11. Mengawal kolestrol dalam darah.
12. Menurun & mengawal berat badan.
13. Awet muda.
 
Kandungan MAB adalah:

1. Herba ( Kacip Fatimah)
2. Rempah ratus
3. Madu

Dah ramai jugak kwn2 yg aku promote especially yg ada masalah susah dpt anak atau period tk teratur..dan alhamdulillah...semua nya berpuas hati...So, kalau ada siapa2 yg nk cuba, boleh la contact aku ek...

Harga : RM15.00 sebotol ( 21biji )

(Jika penghantaran secara poslaju :  RM 6.00 - Semenanjung Malaysia)


''D MASIV~~~RINDU SETENGAH MATI